Posted by alawee

Dalil bagi Zikir Allah,Allah,Allah



Secara umumnya diketahui bahawa zikir bermakna mengingati atau kata lainya berlawanan dengan lupa.Zikir yang dimaksudkan disini adalah bermakna mengingati atau menyebut nama Rabbul Jalil.Tidak kira sama ada ma’thur @ pun tidak.Disini didatang dall bagi kesahihan berzikir dengan isim mufrad ((الله,الله,الله

(( ان الصلاة تنهى عن الفخشاء والمنكر # ولذكرالله اكبر ولذكرالله أكبر# والله يعلم ما تصنعون )) سورة العنكبوت :45

Terdapat juga ayat didalam Al-Quran Al Kareem yang mendalilkan tentang zikir ismu mufrad:

(( قل الله ثم ذرهم في خوضهم يلعبون )) سورة الأنعام : 91

(( واذكر اسم ربك وتبتل إليه تبتيلا )) سورة المزمل : 8

(( يأيها الذين ءامنو أذكروا الله ذكرا كثيرا )) سورة الأحزاب :42

(( واذكراسم ربك بكرة واصيلا )) سورة الإنسان : 25

Disini saya datangkan juga dilalah tentang keharusan berzikir dengan ismu mufrad dari As Sunah :

عن أنس ان النبي صلى الله عليه وسلم قال : (( لا تقوم الساعة حتى لا يقال في الآرض الله الله ))

Maksudnya : Diriwayatkan daripada Anas Radiallahu Anhu bahawa Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bahawa tidak akan berlakunya hari kebangkitan yakni hari kiamat sehingga mana tidak disebut (kedengaran) dibumi kalimah Allah Alah

Hadis: Musnad Imam Ahmad,jilid 3/Sohih Muslim jilid 1 m/s 131 /Soheh Ibnu Hibban jilid 15,m/s 263

Didalam riwayat yang lain menyatakan :

(( لا تقوم الساعة على احد يقول الله الله)) قال (( كان سلمان في عصابة يذكرون الله فمر النبي صلى الله عليه وسلم فكفوا, فقال ما كنتم تقولون ؟ قال نذكر الله الله. قال : إني رأيت الرحمة تنزل عليكم فأحببت ان أشارككم فيها , قال : الحمد لله الذي جعل في أمتي من أمرت ان اصبر نفسي معهم.

Maksudnya : Tidak akan berlaku hari kiamat selagi mana terdapat seseorang yang meyebut Allah,Allah.Telah berkata: (Bahawa Salman sedang berada dalam sekumpulan yang asyik menyebut-nyebut Allah,Allah.Kemudian telah lalu Baginda Sallahu “Alaihi wassalam,kmudian mereka pon pon berhenti dari berzikir Allah,Allah.Maka Baginda bersabda:Apa yang sedang kamu sebut? Seraya mereka berkata :Kami telah menyebut Allah,Allah .Bginda bersabda : Aku telah melihat telah turun rahmat kepada kamu sekalian,dan suka sekali bagi aku untuk menyertai kamu pada menyebut Allah,Allah.Kemudian baginda berkata : Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan bagi ummatku yang menyuruhku agar bersababar bersama-sama menyebut (berzikir) Allah, Allah.

Hadis : Imam Ahmad


Bersambung....